
Akademi ProSilat adalah sebuah projek kolaborasi di antara Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) di bawah geran pembangunan belia Iskandar Malaysia Youth Empowerment Fund (IMPOWER). Ianya adalah projek untuk melaksanakan aktiviti belia bagi inisiatif gaya hidup sihat dan sukan di dalam kawasan wilayah IRDA.
Bagi pelaksanaan kelas silat, Akademi ProSilat bekerjasama dengan Persatuan Silat Seni Gayong UTM.
Selepas tamatnya geran di bawah IRDA pada tahun 2022, Akademi ProSilat kini di bawah pengurusan Kagum Advance Resources Pertubuhan Profesional dan Penyelidik Prosilat Negeri Johor yang terdiri daripada kepimpinan 50 profesional silat dan ahli akademik universiti di seluruh negara spt UTM, UNIKL, UMP, UITM dll lagi.

Objektif akademi ini adalah untuk membangunkan Pusat Latihan Silat Pintar dan juga membangunkan sebuah institusi pendidikan formal silat sepertimana institusi pendidikan yang lain. Setakat ini Akademi ProSilat mempunyai keahlian aktif seramai 500 pesilat di seluruh negeri Johor.
Kini Akademi ProSilat mempunyai pelbagai rakan kolaborasi antaranya Dewan Perniagaan Melayu Negeri Johor, Mind Care Centre, Tadika Kancil Pintar, Taska Durrani Asyrani, Kagum Academy, Auf Global, Persatuan Silat Seni Gayung UTM, Persatuan Silat Seni Gayung UTHM & Kelab Silat UniKL.
Akademi Prosilat merupakan institusi yang komited untuk memberikan latihan khusus dalam seni Silat kepada individu dari semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak, pelajar, belia, golongan dewasa termasuk wanita.
Pendekatan inklusif ini memenuhi keperluan pelbagai sasaran dan memberi peluang golongan kurang bernasib baik dengan menawarkan latihan Silat percuma kepada Asnaf dan anak yatim sebagai komponen penting dalam inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) Akademi ProSilat.
Memperkasa Masyarakat Melalui Warisan Seni Silat
Menjadi Pusat Kecemerlangan Global dalam Seni Pertahanan Diri Silat
1. Memperkasa penyelidikan dan pembangunan pendidikan silat melayu dengan pendekatan yang berkualiti, holistik dan sistematik di malaysia khususnya di negeri johor.
2. Memperkasa identiti silat melayu dari sudut seni dan kebudayaan negara melalui pembangunan pendidikan dan penyelidikan silat melayu secara ilmiah dan akademik.
3. Memperkasa jaringan luar dan pembangunan latihan pendidikan silat kepada komuniti.
